Wednesday, April 22, 2009

SAMA KERRR???

Aku selalu dengar orang duk cakap, dlm dunia ni ada orang yg muka seiras dengan kita.. tak sure la pulak serupa banyak mana... mungkin 50% saje.. 75%.. atau mungkin juga 99%? Pernah jugak terfikir jika satu hari nanti aku sempat bersua muka ngan org yg seiras aku.. hahaha...Macamana agaknya yer...

Berbalik kepada yg seiras... mana ek mau cari? Dengan genetik yang agak kuat disebelah bapa aku kelahiran Yunan (letaknya diselatan Tanah Besar China)... mana la tau ada yg kurang cerdik geografi sikit kan... oppps!!

Mungkin yg seiras dengan aku tu boleh dijumpai di sekitar lembah kuning Szechuan... Mungkin juga di pesisir pantai Pulau Hokkaido.. tak mungkin la aku seiras Takeshi Kaneshiro.. Ohh tidakk!!



atau juga salah seorang saudara Edison Chen?



No wonder la aku suka snap pic dengan pose- pose mcm ni? erkkkk.... Huurmmm dan juga ada kes gambar separuh bogel aku yang pernah tersebar di internet tempohari... macam ada persamaan di sini ya...

Mungkin juga dia salah seorang tentera komunis di bawah pemerintahan Kim II-Sung?... harap-harap tidak la... Ngeri la pulak rasanya... Mungkin juga "kembar" seiras aku ni berada di antara peniaga peniaga disini?


Tapi kan bila pikir-pikir balik.. bagi mereka-mereka yang berwajah melayu.. melayu asli la kata orang.. mungkin "kembar" mereka lebih senang ditemui di tanah melayu sendiri.. Di bumi ini sendiri.. di negeri kelantan ke... N.sembilan ke.. Perak ke

Atau paling-paling jauh pembawa taxi bluebird di Kota Jakarta... ataupun peniaga tudung & telekung di Pasar Baru Bandung... Ataupun mungkin saudara mara dayang2 kerabat diraja Brunei... Haaa siapa tahu kan... So pada aku.. wajah seiras mereka ini lebih mudah ditemui di sini.. di tanah air kita sendiri. Mungkin juga seperti personaliti Tv... tak kira la realiti TV ataupun sebaliknya...

Mungkin juga wajah mereka seperti ahli politik... seperti Dato Mukhriz Mahathir ini?




Senang kan bila kita berwajah persis selebriti atau pun ahli politik.. dah la datang dari keluarga yg disegani ramai.. mungkin kita akan lebih mempunyai ramai peminat selepas ni.. Dah la popular, senang-senang jer nak tumpang populariti individu terbabit..

Banyak la proses penyamaran akan berlaku selepas ni.. bila kita dah jumpa wajah seiras.. terus tumpang nama... boleh juga utk tujuan penyamaran di alam maya!... Kita boleh guna gambar mereka utk letak di avatar Yahoo Messanger kan... tak perlu lagi letak gambar bunga matahari la... gambar bola golf la... gambar gitar mahupun snowman... Mudah kan jika wajah kita persis selebriti popular??? So orang tak perlu sangsi lagi siapa kita sebenarnya....

Larrii..... Pecuttttttt!!!!!!!




1 comment: