Sunday, May 24, 2009

Doa Yang Mengancam

Sunday 24th May

Aku mmg biasanya lebih addicted utk nonton dvd karya indonesia jika punya masa lapang. Hari ini aku bisa nonton 3 movie sekaligus tanpa lelah.. bisa nggak? Maka hari ini aku juga mau membuat diskripsi pada setiap filim yg baru saja aku nonton..



1) Doa Yang Mengancam
Karya : Hanung Bramantyo
Pendukung : Aming, Titi Kamal
Rating : 3.5*

Filem ini mengisahkan seorg kuli bernama Mandri (Aming) angkut di sebuah pasar di Jakarta. Hidupnya sering susah dan banyak sekali hutangnya malah telah ditinggalkan isterinya yg cantik (Titi Kamal a.k.a most beautiful indonesian actress), telah diusir dari rumah sewanya kerana nggak bisa melunaskan segala hutangnya. Mandri ni mempunyai seorang teman rapat bernama Kadir (penjaga musolla)... Kadir memberitahu semuanya terjadi kerana Mandri tidak pernah berdoa. Walaupun beberapa kali dinasihatkan mandri masih belum berubah hingga satu kejadian berlaku di Musolla. Sejak itu Madri mula berdoa tetapi menetapkan syarat doanya harus termakbul dlm masa 3 hari. Jika tidak... beliau akan terus berpaling ke setan.

Pada hari ke 3.. Madri disambar petir dan jatuh pengsan... sejak itu dia mula biasa menilik foto dan mengetahui lokasi sebenar pemilik foto. Kuasa paranormal Madri menjadi rebutan pihak polisi utk menumpaskan masalah pelbagai jenayah di kota Jakarta. Kuasa luar biasa Madri juga menjadi rebutan pelbagai pihak hingga dia diculik seorang pengusaha besar (Tantra) utk menutup jenayah dan bisnis nya. Sejak itu Madri hidup senang, diberi gaji buta tetapi dengan pengawalan ketat pengusaha itu.

Tetapi sejak itu Madri nggak betah tinggal di bawah kawalan hingga dia memohon dan mengancam tuhan agar dibebaskan dari kemampuan paranormalnya.. waduh! kok bisa..
Kerana padanya, kuasa nya ternyata turut menyiksa dirinya. Ia tidak memberikan Mandri bahagia kerana dia juga nggak bisa melihat di mana isterinya (Titi Kamal) berada. Itu sahaja impian sebenar Madri... hanya mau bertemu kembali dengan istri nya..

TITI KAMAL
Suatu hari... Mandri bilang sama Tantra bahawa walaupun hidupnya serba cukup mewah.. tp hatinya sepi dan sunyi. Lantas Tantra mengutus seorg pelacur utk menemani hidup mandri... yang akhirnya orang yang muncul di depan pintu nya adalah Leha.. isterinya yg telah menjadi pelacur demi mencari kesenangan hidupnya sendiri. Akhir cerita agak tragis jugak... but its a good ending la...

Saturday, May 23, 2009

JALA MAS

Pernah dengar nama Jala Mas?

Jala Mas bukanlah jala bersalut emas yg digunakan oleh nelayan utk menangkap ikan dipesisir pantai Chendering mahupun Beserah.. Jala Mas ni adalah sejenis makanan tradisi pantai timur.. especially di Negeri Kelatan dan Terengganu

Memandangkan Jala Mas ni boleh dikategorikan sebagai makanan tradisional eksklusif, maka agak payah utk kita mengetahui cara membuatnya kerana ia biasanya diturunkan secara tradisi dari nenek moyang kita..
Tapi hari ni aku agak bertuah utk mengetahui selok belok kuih tradisi ni dari saudara mara yg datang menziarah dari Terengganu..

Lokasi : Rumah Kak Gee
Chef : Siti Fatimah Noor & Puan Zaleha
Pelakon tambahan : Kak Gee & Bibik Tumini
Bahan-bahan : 60 biji kuning telur & Gula

Sebenarnya kaedahnya agak mudah iaitu :-
1) Pecahkan telur utk mendapatkan kuning telur sahaja dan masukkan kedalam satu besin. Putih telur tu boleh disimpan utk tuan puan buat telur dadar sahaja yer..



2) Masukkan 500gm gula ke dlm periuk dah masukkan air seperti membuat air gula.. apabila mendidih.. ambilkan corong dan alirkan kuning telur ke dlm air gula yg menggelegak dengan kreativiti putaran tersendiri.



3) Toskan jala mas yg sudah dimasak dan biarkan ia kering dan beku selama 5 minit...



Nahh.. mudah kan...!
Inilah hasilnya kuih jala mas tradisi turun temurun yang biasanya boleh dimakan begitu saja atau pun sebagai bahan dlm puding raja mahupun dijadikan bahan hantaran dlm perkahwinan yg bakal tiba di musim cuti sekolah nanti.


Selamat Mencuba!!

Tuesday, May 12, 2009

Lebuhraya Pantai Timur KM 188.4

Lokasi : Lebuhraya LPT KM188.4
Tarikh : 10 May 2009
Masa : 18.15 hrs

Ini adalah lokasi dan masa yg sukar utk aku lupakan sampai bila2.. Tak tahu mcmana nak explain kat korang but this is what happened to me...










Syukur alhamdulillah... i'm not injured but i just lost my blackie.. Anyway i would like to express my gratitude to Maran Police Department, MTD Prime's team, traffic patrols, Mr. Azman from Swee Lee Workshop, En. Rashdan and others who helped me during the accident.


Monday, May 4, 2009

LAVISH...... bersama Agensi Seri Melur

1st May.. Labour day

Pagi2 lagi dah gerak ke LCCT.. sebab flight AK703 KUL-SIN: 12.30hr. Tp apa la plak nasibnya, penerbangan murah ni selalu buat retime last minute.. elok jerk kitorg duk meLAVISH kat Chocolates Cafe sambil pose lite2 tunggu boarding.. kena retime plak ke jam 1.30. Dah lama la jugak aku tak jejak kaki ke terminal LCC ni.. hehe.. lain dah! Last sekali pun masa ke S'pore last 2 month.. Kondisi dia ya ampun time tu.. tp kali ni.. BETTER!


Ini baru la ada gaya gaya flight terminal.. kalau tidak.. aku rasa stesen bas K.Trg lagi elok dari LCCT ni
Tapi sekarang.. kerusi baru... sebelum ni kerusi plastik tak tentu hala.. pastu dengan ada plak kerusi besi org letak kat laman rumah tp MHAB sibuk gi buh kat sini.. aparaaa!!!

kalau tak, aku pikir 12x bila Agency Seri Melur buat promosi percutian dia.. sbb normally agency ni akan gunakan syarikat penerbangan tambang rendah. So next time aku bley consider la jugak since LCCT dah berubah wajah.. cafe pun dah makin banyak.. termasuk favret aku CHOCOLATES CAFE.
Flight sejam ajer tapi aku mmg fobia everytime nak naik flight.. ntah kenapa.. walau sebesar mana, secanggih mana, aku tetap akan rasa ngeri .. maybe effected dari favret tv show aku tu kot.. AIR CRASH INVERSTIGATION. hehehe!
At last..Kami selamat sampai kat terminal 1, Changi Airport jam 2.30pm. Agent terus bawak kami naik skytrain nak ke terminal 2..saje2 katanyer.. layannnn


Sampai jer kat terminal 2, ngeri plak aku tgk 2 org makhluk ni duk sibuk ngan mesin dia... takut jugak la kan dia scan aku tetiba alert! alert! Mana tahu ada jangkitan virus babi nehh kat kitorg... mucho nachos la mexico ni. Tapi, Alhamdulillah takde seorang pun ahli agency seri melur yang terkandas masa saringan pasukan perubatan ni. Tp yang aku musykil satu jerk.. apasal diorg tak buat checking camni kat LCCT?


Bosan jugak aku nak ckp pasal Swine Flu Symptoms ni... sbb semua org duk ckp pasal masalah ni.. so biarla kepada org yg lebih arif.

Selepas gigih lalu ikut imigresen dia... kami terus mencari Train to city! Mula2 tu aku naik heran jugak sbb aku ni dengan beg merah ala ala steward emirates bersaiz agak besar nak naik train padahal org lain back pack ajer. Ye la..lepas ni nak kena menapak lagi dari stesen mrt Toa Payoh ke "studio apartment sewa khas" tu.. huhuh. Mati la tuan rumah dia tak tau kitorg datang sbb dia sibuk diving kat Tahiti. Tapi sbb aku ni minoriti.. aku ikut kan ajer la. Sampai ajer Toa Payoh Mrt station, perut dah lapar... beli 4 ketul karipap besar buat alas perut.. sedap gak Old Chang Kee ni...

Malam menjelang.. Pihak agency membawa kami ke Orchard Road.. Yehahh.. masa utk membeli belah! Apa lagi.. dengan menggunakan skill aku yg tersedia ada.. aku lead plak diorg ke Lucky Plaza.. Syurga Perfume murah katanyer tp plaza ni akan berubah menjadi port minah2 maid filipina di hari minggu.. Ate'!!! Sandalilang ate'! Bakhet? Ikaw ang lahat sa akin... tetiba aku speaking tagalog! Huhuhuh

Selepas hampir sejam belek sana... bau sini.. akhirnya ini aje yang mampu dibeli... (haa... sempat juga aku snap pic dalam kedai dia sebelum amoi tu tegur aku tak kasi amik gambar dalam kedai)

Untuk koleksi sendiri... gucci envy & Kenzo Homme sahaja. 212 Men, CK Men, Versace Blue Jeans, Tous & Clovet by Sarah jessica parker utk org lain... semua duk pakat kirim ni. Pegi sendiri taknak!
Abis saje membazir beratus-ratus dollar.. kitorg keluar plaza tu then ternampak signboard yg satu ni.. menarik juga. Tanpa membuang masa.. kami cuba la tengok apa ada kat dalam tapi tak boleh plak nak snap pic... so ni jer yg mampu amik dari luar.. korang imagine jer la apa ada kat dlm... tp yg tak sangka bila terserempak sorang makhluk dari kuantan beli d**d* tanpa segan silu kat situ.. erkkk.... motif sangat ingat kitorg tak nampak time ko nak bayar kat kaunter.. gersang sangat ke? Oppss!



Next? Kitorg pegi ke pusat tarikan pelancong laa... Sbb travel agensi ni dah awal2 lagi dah sound.. nak serapkan unsur ilmiah dalam trip kali ni.. tanpa melengahkan masa kami pun naik mrt lagi ke Raffles City utk melawat tempat2 ni... Bagus juga yer trip kali ni.. Walaupun s'pore ni nothing much to explore tp kitorg tetap cuba la jugak maximize apa yg ada kat pulau kecik ni...






Sebenarnya takde apa sgt kat S'pore ni.. pusing kiri shopping mall.. pusing kanan mall lagi. depan pun mall.. belakang minah2 filipine.. erkkk.
Then kitorg pusing lagi kat area Paragon plak... ternampak fashion show ni..
Longest Runaway show..lebih kurang 200 meter gak la.. tapi tak sure sape designer yg buat show... dah la open tepi jalan kat orchard road.. apa lagi.. kitorg layan...

2nd May..

Memulakan hari seperti biasa.. terus shoot ke Vivo City walaupun kitorg berpecah pada asalnya. Sbb ada org yg tak tido kat Studio Apt sewa khas di Toa Payoh...
So bila 2 kumpulan menuju destinasi yang sama ala ala amazing race ke Harbour Point.. ada la plak yg lewat kan. Nothing much to explore kat sini.. tp sempat la makan kat foodcourt dia yang terbahagi 2.. Ingat yer section warna biru utk Halal Food. Section Kuning utk Non-Halal. Mati la sape yang nak masuk section kuning tu bila dia nampak signage kopitiam itu hari. Nasib baik la aku sempat tarik dia keluar semula.. kembali ke jalan benar.. Kat sini sempat juga la kami terjah section FCUK.. di TANGS! musim wolverine kan.. aku berjaya rembat 2 helai tshirt dia.. heheheh..
so ini aje la yang sempat snappy kat vivo city..


Abis jer Photoshoot session kat sini, kitorg amik mrt back to Orchard.. Diorg semua masih interested nak pegi kedai perfume kat lucky plaza tu lagi.. tp kitorg stop by dulu kat Farrel Park Station... Nak pegi Mustafa Store... Tp sedih giler bila aku tgk tempat tu tak lebih tak kurang mcm Mydin jerk... sebijik! Then bila dah sampai ke Lucky Plaza.. sempat lagi la diorg borong perfume dan aku gaduh ngan amoi jaga tu sbb dia bising depan org ramai aku bargain $3. Motif kan?... Aku bukan tgh consider $3 tp aku duk tunggu sms kawan aku yg nak kirim perfume dia... amik masa la... bukan kerana $3. Hanjenggs sgt! Aku terus la fire dia balik... saje nak malu kan aku depan org ramai. Sempat gak la aku mengamuk dekat kaunter.. haaa berlari dia mintak maaf balik ngan aku... nasib aku tak sempat bertukar jadi bengis!

Malamnya.. kitorg pergi hang out kat Clarke Quay... tiba2 ternampak kelibat minah ni.. eh mcm kenal... Taddddaaaaa!!!!


Haaa.. tu dia.. Ning, Omar & mak mertua dia.. Best giler jumpa diaorg. Happening!

Dia ajak follow dia cari toilet kat area situ.. wahh tetiba plak aku feeling2 jadi manager dia.. Ning ni duk inform ajak kitorg tengok show dia kat Danga Bay esoknya.. Omar ni dengan ceria jer dia sibuk promote website http://www.ning-baizura.com/ nya.. Mak Mertua dia plak sesekali mencelah. buat lawak jugak org tua ni... tp mmg best jumpa diorg... Huhuhu.... dan tarak sombong punyer..




Balik rumah malam tu aku pulang dengan senyum sampai ke telinga... hehehe..

3rd May..

Last day shopping utk peserta trip yang paling lavish.. hari ni dia tetap beli HP Sony Ericsson dgn harga $209 complete with 3G & PSP dengan harga $200. Murah gak la tapi limited s'pore warranty. So lepas jer abis melavish kitorg rush utk balik packing then terus ke airport.

Selepas check in di kaunter air asia...fast n clear sbb masing2 taknak check in luggage sbb backpackers katanyer.. sorang lagi sayang beg dia dari segala galanya..

Next... masa utk kami claim GST.. bila shopping kat sini kita boleh claim balik tax tu.. senang ajer.. lepas masing2 dah dapat balik $33. Semua urusan dah settle, kami pun melepak lite2 kat coffee beans sementara tunggu departure time.. 7.10pm

6.30pm : Dengan muka selamba kami masuk ke Gate D35 (agak jauh dari duty free area), time scanning tu tetiba minah guard tu ckp... check beg ni... banyak perfume dlm tu.. ahh sudah...

Guard india tu bukak beg aku dan check satu persatu botol yang ada.. sekali 2 botol tak lepas... HUGO BOSS dan hair tonic.. both 150ml. Perfume lain semua lepas..

2 orang lagi teman turut sama tak lepas perfuem Hugo Boss yang baru mereka beli.. yang sadis nya bila guard suruh diaorg habiskan time tu jugak sebelum masuk dlm tong sampah. Puas la 2 org tu sembur seluruh badan kan nak habiskan perfume kat situ jugak.... hikkkss!!!

6.45pm : Dengan muka sedih... aku mengintai kat celah cermin.... aku ckp ngan guard tu.. mintak utk dapatkan semula perfume dlm tong sampah tu. Selepas puas pujuk guard & staff air asia.. diorg tetap berkeras tak nak kasi bawak masuk jugak.

6.50pm: Tiba-tiba aku teringat ada member yg kerja di changi airport... terus aku call dia.. bagitau masalah tu.. then dia ckp ambik balik perfume dan tinggal sementara kat dia dulu.. aku jumpa guard tu semula.. aku terus kutip balik 4 botol perfume dlm tong sampah. Isi dlm plastik bag.. then terus berlari ke kaunter tempat dia kerja..

7.03pm : Sampai kat kaunter kedai dia.. then i realize jam dah 7.03. Tinggal 7 minit lagi sebelum pesawat berlepas... lariiiiiiiiiiiiii

Alhamdulillah sempat jugak sampai ke pintu pesawat tepat pada masanya... giler aku rasa, Watson Nyambek pun tabik tengok aku berlari kejar flight... huhuh.. Selepas sejam... Kami semua pun selamat tiba di LCCT, KL dengan penuh rasa puas, bangga dan lavish...
btw.. Thanks to Agency Seri Melur sebab menguruskan perjalanan kami ke Singapura..


Tuesday, April 28, 2009

TELL April 2009




Emancipation - Ning Baizura goes it alone - and sizzles!

Photoshoot ning utk magazine TELL ni agak buruk ok.. maybe imej dia ni lately mcm tak consistent jer.. Dlm articles tu, stated kat situ, mostly top & pants by Ed Hardy but seriously mmg... hauk!! wp nampak tempting jugak la nak baca 20 pages full colour articles
dia ni.. Dia ckp pieces ED HARDY ni its SO her... sigh!



Soalan trivia minggu ini :-

1) Siapakah yang digambarkan dalam gambarajah diatas?

a) Soulful R&B Singer
b) Mak Hayyam kelab malam di Lorong Sekilau
c) Draq Queen dari Mumbai
d) Artis bengis ditipu manager sendiri




2) Apakah watak yang dipegang oleh artis berkenaan?

a) Bohsia - Jangan pilih jalan hitam!
b) Chun Lee di dalam filem Street Fighter 2
c) Minah Shuffle di Bukit Bintang
d) Diva R&B mencarut manager sendiri?

Huhuhu... tapi walau mcmanapun she's still adorable... nak buat mcmana, aku memang kipas mati punyer!

" At the time the biggest show on Malaysia earth, Ning became as breathless as she caused fan to be, dashing from show to show. She signed, she sang, she posed, she presided. Ning was a household name and a factory-hold name, as many brands as she was fronting."

-TELL, April 2009.




Sunday, April 26, 2009

Cadbury Flake


Cadbury Flake.. 1994.. 1st time makan coklat ni kat carboot sales.. masa tu ada lorry yg jual2 coklat.. rasa dia? seriously, memang sedap giler! Its 100% chocolates.. chocolate ni tak perlu tambah apa2 mcm nuts, caramel, raisin, cereal ke... its pure chocolates! Serius beb.. memang sedap! Lepas beberapa tahun cari balik coklat ni memang takde jual kat m'sia.. arrghhhh.. memang susah n takde jual...

Few years back.. when i travelled to Bangkok in 2005, time tu masih lagi diorg masih gunakan Don Muang airport.. I still remember, I found this flake choc again dalam dutyfree shop dia.. but its under Cadbury section dgn complete packaging segala.. kalau tak silap harganya cuma 550baht... Since that day, everytime pegi BKK confirm tak pernah miss cari Flakes ni.. and i still remember, at one time, i asked Raza utk tolong beli kan time dia pegi BKK masa company trip...kecoh gak la semua member2 dia pakat tolong carikan flakes aku tu.. hehehehe

Last few month, ada juga jumpa di Duty Free Changi tp harganya lebih mahal.. SIN$ 35.00 utk 1 box flake ni.. (dlmnya cuma ada 11 pcs yg besar) tp nak buat mcmana.. beli jugak sbb mmg best..

Tp yang paling bestnya skrg ni... Flake ni dah ada jual kat sini... last month aku terjumpa kat Marciato (Pavillion).. walaupun dia packing kecik2 (dlm tu ada 12 pcs) dengan harga RM15.90 Yeahhhaaa!!!! At last.. ada juga jual kat sini. Now aku dah tak perlu lagi nak kirim kat sape2 suh beli flakes ataupun nak ke Suvarnabhumi utk dpt kan flakes ni... sanggup ke nak join geng2 protes thaksin semata2 nak dptkan flakes kan.. baik makan coklat kandos aje mcm kawan swift kita tu..

So memang chocolate Flakes ni rated as The Best Chocolates i've ever tasted and must have item dlm fridge aku...so let see my chocolate collections.. huhuhuuh jangan jeles naaa...

Friday, April 24, 2009

3 in 1

Friday.... penghulu segala hari..


"PARENT" vogue ke hari pelaporan sekolah SMART...

Duuhhh!!!! pagi2 dah kena kejut suh pegi Hari Pelaporan Sekolah... motif sgt...
alasan? Parent sebenar dua dua ada meeting... Arrgghh


Dengan langkah longlai... tp tetap vogue.. dengan kemeja hitam slim fit button kat lengan dgn brown line slacks & sunglasses G.A kesayangan aku tu..aku masuk ke perkarangan skolah .. ada kaunter pertanyaan sementara..(utk parent yg tak tau kelas anak diorg kat mana... so aku sempat tanya adik2 ni.. mana kelas 1G... 1 GIGIH yer..) 2nd block tingkat 3!

hurmmm... mendaki tingkat 3 aku rupanya...
nak kena beratur lagi.. ada lebih kurang 10 org parent yg masih tunggu turn... aku tengok keliling semua makcik2 dan pakcik2 jerk dtg ke hari pelaporan.. tetiba aku wujud kat situ?? budak2 dalam kelas ni pun pelik tengok aku... bapak sape la ni... hampess!!!



Aku letih betul bila part kena menyamar jadi parent ni....Aku memang tak suka... tapi tadi one thing la.. aku tgk pasal sekolah ni.. walaupun rated as one of the best school in Pahang.. tp kerusi & meja dia Masyaallah.. teruk giler.. mcm bukan sekolah SMART jerk... pastu aku dengar sorang bapak duk sebelah aku ni pakat komplen pasal benda sama... haiisshh... mcm sekolah kat belah2 Kuala Tembeling.. aku iya kan ajer.. sebab memang teruk pun!



Lebih 30 minit aku tunggu.. Sampai ajer turn aku.. mcm biasa la.. cikgu ni dengan muka ayu... goreng sana sket.. aku propa belah sini... katanya "anak" aku ni... ada masalah dlm subjek matematik dgn agama islam.. ye la tengok rupa cikgu dia.. slow ajer.. takleh nak salahkan budak ni jugak.. cikgu ni ckp pun slow ajer... dengan baju kurung ngan tudung makcik2 dia... kalau aku jadi student pun susah nak concentrate.. mungkin budak2 ni nak cikgu diaorang mcm ni ...




tp "anak" aku ni.. dia mmg dah asalnya taknak sekolah ni.. 1st two month dia mmg taknak skolah ni.. tiap2 hari jam 10 pagi dia akan call suruh datang ambik dia... alasan? sakit perut.. tak pun pening kepala.. abis mcmana nak belajar?

Pastu cikgu dia ni komplen kedatangan dia... banyak tak hadir ke skolah... So terpaksa la aku tebalkan muka.. propa here n there... end up..memang salah "anak" aku ni..
Cikgu tu tunjuk report card... heheeh dgn bangganya kedudukan dlm kelas.. 33/35 ( aku pun ckp kat "anak" aku.. pesal tak amik number last skali.. kan senang..) Kedudukan dlm tingkatan... which is seluruh tingkatan 1... dia berada dlm kedudukan ke 5 paling last dari 230 org student... aku gelakkan ajer.. (Hurmmm no wonder la parent sebenar taknak dtg...hahahaha.. aku jugak jadi mangsa)

Nak buat mcmana ayessh.... ko skolah ni lagi sebulan ajer... Pastu nak pindah gak.. Dah abis pelaporan... "anak" aku demand plak nak Mc.D.. Ceehhh! Belajar ntah kemana hala nak demand mcm mcm... tp aku turutkan juga laa......nak buat mcmana...


SHOPAHOLICS

Aku ni.. cukup suka window shopping... tengok sana.. tengok sini.. ye la budget dah makin kurang.. lepas jumaat smlm.. ada plak yg duk ajak aku temankan dia cari sport shoes... alasan? dah koyak... nak cari ganti... haaa.. aku suka sgt la teman org shopping

So apa lagi... kitorg redah ajer East Coast Mall... dlm tu ada butik Adidas, Nike, N-concept, Al-Ikhsan, Royal Sporting... lepas satu..satu kitorg masuk... aku pun sibuk la duk pilih utk org ni.. image consultant katanyer..
Sampai kat satu butik Adidas ni.. mata aku dah terpandang kasut yg display kat pintu masuk.. normally kalau yang display kat depan ni adalah kasut-kasut new arrival!
Hurmm.... sekali tengok ajer aku dah suka..aku suka! hehehe... tp aku just layan jerk.. kawan aku test kasut tu.. tp sbb cutting A.. tak sesuai la plak dgn dia.. aku letak balik ke tempat asal..

Abis semua kedai sukan kitorg masuk... takde juga yg berkenan di hati nya.. adusshh! Susah jugak yer... tak tahu mcmana dia nak... masa tu dah jam 2.30 ptg.. dah nak masuk ofis..
aku plak tak sedap hati... aku ajak dia masuk Adidas balik smula... mata aku masih tengok pada section new arrival... Arrghhh...

aku terus capai kasut tadi tu... aku try.. dikk.. saiz 8 ada?
aku cuba.. aku telek... aku ikat... aku tengok cermin lagi... haishh ni tak boleh jadi.. mcmana dgn azam aku taknak shopping utk tahun 2009??

aku tgk lagi kasut tu.. aku belek..

...

...

...

aku bayar... arrrrrrggggggghhh!!!!!! Harganya cuma RM219.00
puas aku mintak diskaun tak dikasinyer... aku bayar ajer la
puas hati aku.. asalnya nak teman org shopping.. end up selalu mcm ni! Orang yang nak beli tak beli pun... orang yg temankan plak sibuk membeli...





aku suka packaging baru.. tulisan Adidas dia timbul ok... (one of the reason kenapa aku beli..)








Cool tak kasut ni? Hahaaa... aku bley pakai kat gym.. pastu boleh buat gi jalan lite2.. dwi function.. katanyer!

Tapi mmg betul cakap ISLA FISHER dalam citer SHOPAHOLIC tu.. the best part dlm shopping ialah apabila kita mendapat resit pembelian dan baki wang.. masa tu barang dah jadi hak milik kita yang mutlak... Perrgghh!! feeling tu... paling best. Huhhhuhuhu....

Tapi apa apa pun..yang penting aku masih tetap dengan azam aku.. NO MORE SHOPPING FOR 2009!!



TRIBAL SEXY...


Aku tak tahu kenapa seharian ni.. i keep thinking about "tribal sexy"....

apa kaitan perkataan ni pada aku...mana aku jumpa? aku sendiri pun tak tahu... aku tanya sana.. aku tanya sini.. aku pun search la dlm MERRIAM WEBSTER...(ada sape sape ingat insiden merriam webster ni?.. optom?.. huhuhu).... then aku bukak YOUR DICTIONARY.COM


susah juga.. sbb diorg tak boleh nak describe the exact meaning of tribal..
aku geledah lagi... until i found this..

tribe
n.
primitive group, ethnic group, society, phratry, clan, totemic unit, family, sib, sept, deme, horde, sorory, class, association; see also race 2.








definition of sexy? motif nak kena check jugak maksud sexy???

sexy (sek′sē)
adjective sexier sex′i·er, sexiest sex′i·est
Informal exciting or intended to excite sexual desire; erotic
Slang exciting, glamorous, etc.


so dari sini apa yang aku boleh simpulkan, Tribal Sexy ialah orang-orang primitif atau orang asli yg seksi? Tapi aku sendiri pun masih pelik.. apa kaitan tribal sexy pada aku? Ishh ishhh!






aku sendiri pun takde jawapan lagi...