Saturday, May 23, 2009

JALA MAS

Pernah dengar nama Jala Mas?

Jala Mas bukanlah jala bersalut emas yg digunakan oleh nelayan utk menangkap ikan dipesisir pantai Chendering mahupun Beserah.. Jala Mas ni adalah sejenis makanan tradisi pantai timur.. especially di Negeri Kelatan dan Terengganu

Memandangkan Jala Mas ni boleh dikategorikan sebagai makanan tradisional eksklusif, maka agak payah utk kita mengetahui cara membuatnya kerana ia biasanya diturunkan secara tradisi dari nenek moyang kita..
Tapi hari ni aku agak bertuah utk mengetahui selok belok kuih tradisi ni dari saudara mara yg datang menziarah dari Terengganu..

Lokasi : Rumah Kak Gee
Chef : Siti Fatimah Noor & Puan Zaleha
Pelakon tambahan : Kak Gee & Bibik Tumini
Bahan-bahan : 60 biji kuning telur & Gula

Sebenarnya kaedahnya agak mudah iaitu :-
1) Pecahkan telur utk mendapatkan kuning telur sahaja dan masukkan kedalam satu besin. Putih telur tu boleh disimpan utk tuan puan buat telur dadar sahaja yer..



2) Masukkan 500gm gula ke dlm periuk dah masukkan air seperti membuat air gula.. apabila mendidih.. ambilkan corong dan alirkan kuning telur ke dlm air gula yg menggelegak dengan kreativiti putaran tersendiri.



3) Toskan jala mas yg sudah dimasak dan biarkan ia kering dan beku selama 5 minit...



Nahh.. mudah kan...!
Inilah hasilnya kuih jala mas tradisi turun temurun yang biasanya boleh dimakan begitu saja atau pun sebagai bahan dlm puding raja mahupun dijadikan bahan hantaran dlm perkahwinan yg bakal tiba di musim cuti sekolah nanti.


Selamat Mencuba!!

No comments:

Post a Comment